7:52 PM

SEPI

Posted by soffee

Rasa berat sangat.. Dalam hati ni, rasa sesuatu.. Yang tak boleh nak di keluarkan. Nak nangis belum tentu boleh hilang. Nak ketawa... Rasa macam menipu diri sendiri. Nak lari?? Tapi kemana... Fuhhh.. Sepi tu indah ke?? Indah ke macam ada bunga-bunga sakura gugur?? Sepi tu menyakitkan ke?? Macam jatuh scooter melambung...kebaboom cium jalan tar?? Atau sepi tu tanpa perasaan... Sepi pada aku?? Sunyi.. Tanpa ketawa dari adik-beradik.. Kosong macam rumah yang baru siap... Tanpa warna-warna yang ceria.. Mendung... Bagai awan yang sarat mengandung air... Hiba...Pedih..Macam kena cubit... Sebak.. ermmm.. Sebak.. Perasaan tu menyakitkan.. Sepi ke aku?? Sepi ke tanpa mummy tersayang? Sepi ke aku tanpa abang dan adik-adik? Sepi ke aku tanpa dia yang boleh di jadikan teman malam? Sepi ke aku bila hari-hari yang datang bertemankan buku-buku dan kerja?? Sepi ke kehidupan ni kalau tak pergi berhibur??? Itu sepi ke???? Tapi "SEPI" yang kat pawagam tu lain.. "SEPI" tu penuh dengan kasih sayang... Kasih sayang yang hilang dan datang... Kongsi sikit pasal "SEPI" dengan kamu semua.
Sepi (menurut sinopsis dari laman web rasmi) adalah sebuah kisah berkisar’kan tiga individu lelaki yang hidup di’bandar mengenal erti cinta, kehilangan & kesepian.

Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu

Dan, filem ini juga menampilkan pelakon-pelakon wanita yang bukan calang-calang. Afdlin Shauki dipasangkan dengan Vanida Imran & Nasha Aziz. Pelakon wanita utama lain adalah Eja & Baizura Kahar. Rozita Che Wan & Sazzy Falak juga ada sebagai pembantu. Walaupun filem ini dipenuhi dengan pelakon wanita yang terbaik di Malaysia, filem ini aku rasa lebih kepada filem yang berkisarkan kehidupan lelaki dalam dunia hari ini.

Di dalam mimpi kita berdua
Mesra bersama dilamun cinta
Oh tetapi kenyataannya aku sedar kau ada dia

Mungkin juga semuanya salah ku
Terlalu mengharapkan cinta
Tapi sepi yang merasuk kalbu
Membawa angan melayang

Di dalam mimpi kita berdua
Mesra bersama dilamun cinta
Oh tetapi kenyataannya aku sedar kau ada dia

Adam adalah seorang chef muda yang berjaya — pakar dalam bidang pembuatan manisan (kek) untuk majlis perkahwinan tetapi masih bujang dan sedang mencari pasangannya sendiri. Kemudian, seorang lagi insan bernama Sufi yang berlari berbatu-batu sehari sebagai percubaan untuk melupuskan memori bersama isteri’nya yang telah meninggal dunia. Seorang lagi bernama Ariel (atau Khalif?) yang merupakan penggiat teater sedar yang pentas teater adalah tempat dimana masa silamnya mampu di selesaikan dan masa depannya mampu di lihat. All three stranfers are inevitably linked to a single dramatic moment that transforms their lives forever.


Dahulu kau mencintaiku
Dahulu kau menginginkanku….
Meskipun tak pernah ada jawabku
Tak berniat kau tinggalkan aku….
Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku…
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon maafkan aku….

Aku menyesal tlah membuatmu menangis
Dan biarkan memilih yang lain
Tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
Pasti itu terbaik untukmu…

Janganlah lagi kau mengingatku kembali
Aku bukanlah untukmu
Meski ku memohon dan meminta hatimu
Jangan pernah tinggalkan dirinya
Untuk diriku

Sekarang kau pergi menjauh
Sekarang kau tinggalkan aku
Disaat ku mulai mengharapkanmu
Dan kumohon maafkan aku

SEPI
Bisikku pada bulan
Kembalikan temanku
Kekasihku, syurgaku

Tanpa dia malam menemaniku
Sepi memelukku

Bulan jangan biar siang biar malam ini kelam
Biar ia sepi sepertiku